Dahulu kaum cina mempelopori perniagaan kecil-kecilan sebegini di setiap kawasan di Sarawak, kaum Iban atau dayak hanya berkebun dan hasilnya diraih oleh pemborong cina.
Sejak kebelakangan ini, penglibatan kaum dayak sudah meningkat dalam bidang perniagaan kecil-kecilan sebegini. Kelihatan mereka sudah berani menjual hasil tanaman di kaki lima dan market-market di seluruh Sarawak.
Tranformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan terus diambil peluang oleh kaum ini bagi meningkatkan taraf hidup dan memasarkan hasil kebun terus ke pasaran.
Dasar kerajaan akan lebih berkesan jika setiap lapisan kaum mempraktikkan peluang tersebut.
Mungkin dari pandangan mata kasar perniagaan sebegini terlalu kecil tetapi hakikatnya ia berjaya mengeluarkan kaum tersebut dari kelompok kemiskinan.
Kaum dayak sudah sedar betapa usaha sebegini lebih menguntungkan kerana tanpa dipecahkan ruyung manakan dapat hasilnya.
Berasaskan kehidupan sebagai pekebun mereka juga menjual sendiri hasilnya dan ia lebih menguntungkan serta berjaya mengubah taraf kehidupan, sekali gus mereka mampu membuat dua kerja dalam satu masa.
Aktiviti perniagaan ini akan membantu meningkatkan pendapatan golongan yang berpendapatan rendah.
Kaum dayak sudah melangkah satu demi satu langkah dan mereka tidak lagi terpinggir dari arus pembangunan di mana mereka mampu memahami dasar kerajaan dengan bertindak cara betul. - DMJ/Sarawakiana
Kaum Dayak Membangun Selari Dengan Dasar Kerajaan
Reviewed by Admin
on
January 07, 2016
Rating:
No comments: