Seo Services

iProperty.com Bekerjasama Dengan Brickz.my Bagi Menyediakan Data Mengenai Hartanah Sarawak Dan Sabah


KUALA LUMPUR : Pembeli, pelabur, pemaju, perunding dan ejen hartanah akan mempunyai platform untuk mendapatkan data urus niaga di pasaran harta tanah di Sabah dan Sarawak, kata iProperty Group.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif iProperty Group, Georg Chmiel, dalam satu kenyataan berkata kerjasama dengan Brickz.my dan data dalaman daripada iPropertyIQ akan membolehkan syarikat itu menyediakan pelanggan dengan maklumat yang akan membantu mereka untuk membuat keputusan.

"Permintaan hartanah di Sabah dan Sarawak sedang berkembang, penyaluran tinjauan mengenai pasaran kepada pelanggan kami merupakan satu perkembangan yang penting bagi menjadikan akses ke dalam data ini satu kenyataan," katanya.

iProperty Group merupakan syarikat pengiklanan dalam talian yang terkemuka di Asia khususnya untuk industri hartanah.

Chmiel berkata Sabah dan Sarawak yang menjadi sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi pada masa sekarang sedang mencatatkan pembangunan yang pesat terutamanya kerana disokong oleh industri minyak dan gas serta kelapa sawit.

"Pasaran kedua-dua negeri itu sedang berkembang. Nilai hartanah dalam semua segmen telah meningkat dengan harga bagi unit kediaman, perdagangan serta perindustrian dianggarkan meningkat antara 10 hingga 20 peratus," katanya.

Mengikut data daripada Brickz.my iaitu dari Januari hingga Jun 2015, tiga kawasan perbandaran utama di Sabah yang menjana aktiviti tertinggi ialah Kota Kinabalu, Penampang dan Tawau.

Pengasas/Pengarah Urusan Brizkz.my, Premendran Pathmanathan, berkata dengan permintaan yang kukuh di Sabah dan Sarawak, syarikat itu gembira dapat bekerjasama dengan iProperty dalam menyediakan pembeli serta pelabur dengan maklumat yang berharga mengenai pasaran hartanah di Sarawak dan Sabah.

"Syarikat mendapatkan sumber data daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta yang secara rasmi merekodkan urus niaga hartanah sebaik sahaja duti setem bagi perjanjian jual beli itu diselesaikan," katanya.

Untuk maklumat lanjut dan akses ke atas semua peralatan dan transaksi sedia ada di dalam Brickz.my, para pelabur, pembeli dan peneraju industri boleh melanggan untuk pakej kemasukan sekali atau tahunan, katanya. - Bernama
iProperty.com Bekerjasama Dengan Brickz.my Bagi Menyediakan Data Mengenai Hartanah Sarawak Dan Sabah iProperty.com Bekerjasama Dengan Brickz.my Bagi Menyediakan Data Mengenai Hartanah Sarawak Dan Sabah Reviewed by Unknown on January 26, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.