Seo Services

James Masing Sambut Baik Pemberian 20kg Beras Kepada Golongan Miskin


KUCHING: Menteri Kemajuan Tanah Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing menyifatkan pengumuman pemberian beras 20kg sebulan untuk meringankan beban keluarga miskin tegar tidak lama lagi sebagai sesuatu yang "amat positif".

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara itu ketika menyampaikan ucapan Pengubahsuaian Bajet 2016 di Putrajaya hari ini.

Masing, yang juga presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), berkata langkah itu menunjukkan kerajaan sentiasa bersimpati dengan golongan berkenaan.

"Dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini, apabila harga eksport minyak dan gas jatuh, adalah amat tepat apabila kerajaan tidak melupakan nasib mereka," katanya apabila dihubungi Bernama.

Najib mengumumkan bahawa setiap keluarga miskin tegar yang berdaftar akan diberi 20kg beras setiap bulan di bawah program MyBeras hingga Disember 2016.

Sementara itu, Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) negeri Datuk Dr Stephen Rundi anak Utom juga menyambut baik Pengubahsuaian Bajet 2016 seperti diumumkan Najib.

Dr Rundi, yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sarawak, memuji tindakan perdana menteri dan kerajaan pusat yang meneruskan projek keutamaan seperti Lebuhraya Pan Borneo serta pemberian biasiswa kepada pelajar cemerlang.

Beliau juga menyambut baik pemberian beras kepada keluarga miskin tegar serta jaminan tidak akan berlaku pemotongan gaji dan pemberhentian kakitangan awam, termasuk kakitangan kontrak.- BERNAMA
James Masing Sambut Baik Pemberian 20kg Beras Kepada Golongan Miskin James Masing Sambut Baik Pemberian 20kg Beras Kepada Golongan Miskin Reviewed by uMieySurianie on January 29, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.