GAMBAR HIASAN |
BEIJING: Beberapa kes anak membantah rancangan ibu bapa untuk menambah zuriat dilaporkan di seluruh China tidak lama selepas kerajaan memansuhkan dasar satu anak dan membenarkan pasangan suami isteri memiliki anak kedua.
Satu daripada kes yang dibincangkan secara meluaskan membabitkan sekumpulan pelajar gred empat di sekolah di Qingdao, yang membentuk 'pakatan anti-adik beradik.'
Mereka mengadakan pertemuan secara rahsia untuk berbincang cara menghalang ibu bapa menambah anak, lapor Peninsula Metropolis Daily, memetik kenyataan guru yang cuma dikenali sebagai Wang.
Kanak-kanak berkenaan bimbang adik mereka akan mencuri kasih sayang ibu bapa yang selama ini hanya tertumpu kepada mereka.
Dalam satu kes lain, media China melaporkan kes seorang budak lelaki mengamuk beberapa hari dan memaksa ibunya yang hamil supaya menggugurkan kandungan. - Agensi
Kanak-kanak China Sekat Ibu Bapa Tambah Anak
Reviewed by uMieySurianie
on
January 11, 2016
Rating:
No comments: