Tuan Abdul Hafidz bersama pegawai-pegawai sedang memeriksa keadaan tong-tong gas di salah sebuah stokis LPG. |
KUCHING: Penduduk di negeri ini dinasihatkan supaya tidak panik dengan khabar angin yang mendakwa Sarawak sedang mengalami kekurangan silinder LPG (Gas Petroleum Cecair) atau tong gas.
Ketua Pegawai Penguatkuasa (KPDNKK) Negeri Sarawak Tuan Abdul Hafidz A. Rahim berkata berdasarkan hasil pemantauan mereka di beberapa pusat-pusat pengedaran utama mendapati jumlah stok-stok tong LPG adalah mencukupi dan terkawal.
“Pertumbuhan penduduk di negeri ini semakin bertambah dengan wujudnya banyak kawasan perumahan yang baru di sekitar bandar-bandar utama Sarawak, jadi penggunaan LPG semakin meningkat,
“Ini menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang pesat di negara kita iaitu penduduk mampu membeli satu atau dua tong gas untuk kegunaan rumah seharian, katanya ketika dalam sidang media di salah sebuah pusat pengedaran tong gas di Kuching pagi tadi.
Beliau berkata kes-kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 melibatkan kes-kes penyeludupan LPG dari tahun 2015 hingga sekarang setakat ini adalah lapan kes yang melibatkan nilai rampasan RM61,969.60 dengan jumlah keseluruhan silinder sebanyak 233 unit.
Hanya satu kes sahaja yang melibatkan cubaan untuk membawa keluar LPG dari Sarawak.
Hafiz berkata sekiranya berlaku kekurangan LPG di kawasan-kawasan tertentu, pihak orang awam boleh terus melaporkan kepada KPDNKK untuk tindakan lanjut.
Setiap kedai runcit yang menjual LPG atau tong gas hanya dibenarkan oleh pihak KPDNKK adalah 10 tong sahaja.
“Setakat ini pemintaan yang tinggi untuk menggunakan tong gas adalah daripada isi rumah iaitu kegunaan keluarga dalam seharian,
Beliau turut menyatakan bahawa harga setiap tong gas di negara ini adalah masih murah berbanding dengan harga tong gas luar negara sehinggakan wujudnya kes cubaan untuk menyeludup barang tersebut keluar dari Sarawak. - Sarawakiana
Kekurangan Tong Gas Di Sarawak Hanya Khabar Angin - KPDNKK
Reviewed by Unknown
on
January 26, 2016
Rating:
No comments: