Seo Services

Manfaat Besar Hubungan Baik Malaysia-Saudi - PM


KUALA LUMPUR: Hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan Arab Saudi membuka lebih banyak peluang untuk kerjasama dalam sektor teras seperti ekonomi dan pendidikan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri yakin kerjasama dan hubungan baik itu mampu membawa manfaat kepada kedua-dua negara serta rakyat, dalam pelbagai bidang dan perkara.

Malaysia juga kata beliau, menghargai bantuan dihulurkan Arab Saudi, dalam pelbagai perkara, termasuk kemudahan visa serta pemindahan kecemasan pelajar.

"Alhamdulillah, lawatan saya ke Arab Saudi selesai dan saya ingin menzahirkan penghargaan saya kepada kerajaan Arab Saudi yang banyak membantu dan memberi layanan baik kepada delegasi Malaysia sepanjang lawatan kami.

"Kerajaan Arab Saudi banyak memberi bantuan kepada rakyat Malaysia dalam pelbagai perkara termasuklah kemudahan visa, pemindahan kecemasan pelajar dan lain-lain," katanya menerusi laman blognya, www.najibrazak.com.

Najib berkata, dalam lawatan singkatnya ke negara itu, beliau berkesempatan bertemu dan berbual mesra dengan pelajar serta golongan profesional yang bekerja di Arab Saudi.

"Ramai juga yang berada di sana dan saya mendoakan supaya anda semua sentiasa dirahmati Allah SWT dan cemerlang dalam pendidikan dan bidang pekerjaan masing-masing.

"Bersama-samalah juga kita mengamalkan konsep wasatiyyah kerana ia adalah konsep yang bersandarkan kepada sejarah Nabi Muhammad SAW dalam menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar.

Umat Islam haruslah bersatu dan mendukung usaha penyatuan dan tidak berbalah antara satu sama lain," katanya. - BH

Manfaat Besar Hubungan Baik Malaysia-Saudi - PM Manfaat Besar Hubungan Baik Malaysia-Saudi - PM Reviewed by uMieySurianie on January 04, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.