Seo Services

Marsha Mahu Jaga Suami Sebaik Mungkin Untuk Dapat Pahala


PETALING JAYA: Penyanyi Marsha Milan Londoh berharap dapat menjaga suaminya iaitu Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail sebaik mungkin memandangkan ia merupakan salah satu cara mudah untuk mendapat pahala dalam Islam.

Marsha, 31, berkata, perkara itu juga membuatkan dia berasa lebih seronok menjalani kehidupan sebagai seorang isteri selain bersyukur mempunyai seorang suami yang tidak cerewet dalam segala hal.

"Baru saya tahu, kelebihan menjaga suami mendatangkan banyak pahala dan pahala itu juga adalah bekalan buat kita ke syurga.

"Itu membuatkan saya lebih seronok bergelar seorang isteri. Alhamdulillah, syukur," katanya kepada mStar Online pada Rabu.

Marsha dan Shaiful, 29, telah bernikah pada 31 Disember 2015 dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kediaman pengantin lelaki di Georgetown, Pulau Pinang.

Sementara itu, Marsha menyifatkan perkahwinannya itu adalah fasa baharu dalam kehidupannya dan banyak perkara yang perlu dipelajari untuk menjadi isteri yang sempurna.


"Satu permulaan yang baru dan banyak perkara baru saya perlu belajar. Maklumlah sebelum ini hidup sendiri, sekarang dah bersuami, jadi kenalah siapkan makan, pakaian suami dan perkara lain.

"Apa-apapun saya sangat gembira dan berasa bertuah dan teruja untuk menjadi seorang isteri yang terbaik InsyaAllah," ujarnya.

Dalam pada itu kata Marsha, dia dan suami masih belum merancang sebarang berbulan madu memandangkan mereka sibuk dengan beberapa urusan lain.

"Kami belum memikirkan mana-mana lokasi sesuai untuk berbulan madu kerana ada beberapa tanggungjawab yang harus didahulukan.

"Selepas semua selesai barulah kami dapat berbulan madu. Berkenaan dengan rancangan keluarga pula, kami sedia sekiranya diberikan rezeki anak," ujarnya.

Marsha juga memberitahu suaminya suka masakannya seperti cucur tauhu atau mee goreng asam laksa. Suaminya juga sukakan makanan Sabah iaitu Serunding Tuhau manakala makanan Utara pula kari kepala ikan.

Majlis resepsi kedua-dua pasangan berkenaan akan diadakan pada Jumaat ini di Hotel Majestic dekat sini.

Mohamed Shaiful Nizam dan Marsha sudah mengenali sejak 10 tahun lalu namun bibit percintaan mula berputik di antara mereka sejak dua tahun lalu.

Marsha memilih untuk memeluk Islam selepas terbuka hati untuk berkahwin dengan Mohamed Shaiful Nizam.-mstar
Marsha Mahu Jaga Suami Sebaik Mungkin Untuk Dapat Pahala Marsha Mahu Jaga Suami Sebaik Mungkin Untuk Dapat Pahala Reviewed by Unknown on January 07, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.