Seo Services

Notis Tunjuk Sebab Kepada Pengusaha Medan Selera Kenakan Caj Tinggi


KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada pengusaha medan selera di sebuah pasar raya besar di sini yang mengenakan harga minuman tinggi terhadap pelanggannya.

Timbalan Pengarahnya, Abd Hafidz A Rahim berkata notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 itu dikeluarkan semasa pemeriksaan dijalankan sepasukan pegawai kementerian di medan selera berkenaan semalam.

"Di bawah notis itu, pengusaha berkenaan diberi tempoh tujuh hari untuk memberi penjelasan terhadap harga yang dikenakan untuk makanan dan minuman yang dijual di premisnya," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan notis berkenaan.

Tindakan medan selera berkenaan menjadi viral di laman sosial Facebook hari ini selepas pengguna Facebook berkongsi resit dikenakan RM8.40 sen untuk dua gelas Milo ais, RM2.80 untuk segelas 'green tea ice' dan RM6.40 untuk dua gelas teh o limau ais

Abd Hafidz, yang juga Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Sarawak, berkata siasatan juga akan melibatkan kos perniagaan yang ditanggung serta margin keuntungan diperoleh pengusaha berkenaan yang mempengaruhi harga yang dikenakan.

"Kita kena melihat margin keuntungannya dulu. Kalau sudah berlebihan atau tidak munasabah, barulah kita ambil tindakan," katanya.

-- BERNAMA
Notis Tunjuk Sebab Kepada Pengusaha Medan Selera Kenakan Caj Tinggi Notis Tunjuk Sebab Kepada Pengusaha Medan Selera Kenakan Caj Tinggi Reviewed by Unknown on January 05, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.