![]() |
| GAMBAR HIASAN |
KUCHING: Sekumpulan penyelidik dari Jabatan Perhutanan Sarawak berjaya menemui kuching liar yang paling jarang dan sukar ditemui di dunia daripada spesies Bay Cat (Pardofelis badia) di hutan Lundu baru-baru ini.
Menurut pengarah jabatan, Sapuan Ahmad, kajian mengenai kuching liar ialah sebahagian daripada projek penyelidikan selama lima tahun di kawasan Heart of Borneo.
Kawasan Heart of Borneo terletak betul-betul di tengah pulau Borneo meliputi kawasan hutan hujan seluas 22 juta hektar bersempadan dengan Brunei, Kalimantan Indonesia dan Malaysia.
Dalam kenyataan di sini hari ini, Sapuan berkata spesies itu hanya dikesan di Taman Negara Mulu, Santuari Hidupan Liar Lanjak Entimau, Taman Negara Pulong Tau dan Hutan Anap Muput, kesemuanya di negeri ini.
Beliau berkata penemuan itu menunjukkan bahawa spesies tersebut terdapat secara berselerak.
"Ia juga menunjukkan betapa hutan di negeri ini kaya dengan biodiversiti.
"Justeru, kerajaan negeri akan melipatgandakan usaha untuk menambah kawasan di bawah Kawasan Dilindungi Sepenuhnya (TPA) dari semasa ke semasa," kata beliau.
Beliau memuji usaha pasukan itu di bawah Dr Ahmad Ampeng atas penemuan tersebut.
Ahmad berkata penemuan itu akan membuka jalan bagi kawasan yang lebih luas untuk penyelidikan mengenai kuching liar berdasarkan warna dan bentuk fizikal haiwan itu.
"Kami perlu menjalankan kajian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan sama ada spesies yang ditemui di seluruh negeri berbeza antara satu sama lain. - BERNAMA
Penyelidik Temui Spesies Kucing Liar Paling Jarang Terdapat Di Dunia
Reviewed by uMieySurianie
on
January 25, 2016
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
January 25, 2016
Rating:

No comments: