Seo Services

Pizza Jangka Jualan Meningkat


PIZZA Hut Malaysia (Pizza) menjangkakan peningkatan jualan sebanyak 10 peratus menerusi pengenalan piza baharu, Cheesy Crown sempena Tahun Baharu Cina.

Ketuanya, Felix D Michael berkata, piza baharu itu akan berada di pasaran dalam tempoh terhad sehingga 29 Februari ini.

“Walaupun ia dikeluarkan dalam tempoh terhad, jika sambutan menggalakkan, kami mungkin memanjangkan tempoh jualan.

“Bagi jualan keseluruhan, kami menyasarkan jualan tahun ini meningkat 20 hingga 25 peratus,” katanya.

Menurutnya, kehadiran resipi baharu itu sebagai tanda penghargaan pihak Pizza kepada pelanggannya.

Pizza juga akan mengeluarkan empat hingga lima resipi baharu pada Mac depan.

“Kami mengambil masa enam bulan bagi menghasilkan setiap resipi baharu dengan bantuan pakar Pizza sendiri, “ katanya.

Piza baharu ini boleh didapati di semua 378 restoran Pizza Hut seluruh negara.

Pizza Cheesy didatangi dalam dua perisa keju iaitu Mozzarella dan Cheddar.

Menambah kelazatan piza, ia ditambah dengan isi ketam, cebisan ayam, hirisan lada benggala, bawang, nanas serta sos pedas dan masam.

Hidangan ala carte, Cheesy Crown saiz biasa pada harga RM33.20, manakala kombo hidangan lengkap serendah RM39.90. - SH
Pizza Jangka Jualan Meningkat Pizza Jangka Jualan Meningkat Reviewed by uMieySurianie on January 29, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.