Seo Services

PM Umum Pembinaan Bangunan Baharu SK Sungai Ladong Bernilai RM2 Juta


Simunjan : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukkan sebanyak RM2 juta untuk pembangunan baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ladong dimana antara sekolah luar bandar yang memerlukan penambahbaikan infrastruktur dengan segera.

Katanya dengan mengunakan kaedah Sistem Bangunan Berindustri (IBS), projek tersebut dijangka dapat disiapkan dalam tempoh lima minggu termasuklah pembinaan enam bilik darjah, dua kuarters guru baharu serta sebuah makmal sains.

“Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha gigih kerajaan membawa pembangunan ke Sarawak, terutama buat sekolah-sekolah di luar bandar yang sangat memerlukan bangunan-bangunan baharu,”



Beliau berkata sedemikian semasa menghadiri Taklimat Pembinaan SK Sungai Ladong selepas membuat tinjauan rasmi ke tapak pembinaan sekolah di sini pagi tadi.

Perdana Menteri yang berada di Kuching sejak semalam mengadakan lawatan kerja beliau di Sarawak selama dua hari.

Turut sama hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid, Timbalan Ketua Menteri, Alfred Jabu Numpang dan ADUN N.22 Sebuyau Julaihi Narawi.- Sarawakiana
PM Umum Pembinaan Bangunan Baharu SK Sungai Ladong Bernilai RM2 Juta PM Umum Pembinaan Bangunan Baharu SK Sungai Ladong Bernilai RM2 Juta Reviewed by Unknown on January 31, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.