Seo Services

PPM Rampas Peralatan Bom Ikan Di Semporna


SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas peralatan bahan letupan ikan dan menggagalkan tindakan tiga nelayan yang menjalankan penangkapan ikan secara haram di kawasan laut Kampung Hidaya dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian jam 7.10 malam itu, Komander PPM Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata anggotanya yang menjalankan rondaan telah terserempak dengan sebuah bot pam yang mencurigakan di kawasan itu sebelum cuba menghampiri bot tersebut untuk diperiksa.

Namun katanya, tiga nelayan di dalam bot itu mengambil risiko terjun ke laut dipercayai kerana takut ditangkap pihak berkuasa kerana melanggar undang-undang.

"PPM berusaha mencari juragan dan dua anak perahu terlibat di kawasan terbabit tetapi gagal.

"Pemeriksaan lanjut ke atas bot itu mendapati sebanyak empat unit Special Ordinary Detonators yang siap dipasang sumbu, lima botol kaca berisi baja ammonia dan turut dirampas kira-kira 15 kilogram ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad berkata turut dijumpai adalah peralatan menyelam yang diletakkan di bahagian lantai bot pam tersebut.-- BERNAMA
PPM Rampas Peralatan Bom Ikan Di Semporna PPM Rampas Peralatan Bom Ikan Di Semporna Reviewed by Unknown on January 29, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.