Sadong Jaya kini sedang pesat membangun seperti pekan-pekan lain di Malaysia. Pertumbuhan pesat hasil dari perancangan teratur daripada kerajaan negeri dengan meletakkan Sadong Jaya daerah yang penting dalam ekonomi Sarawak.
Suatu ketika, Sadong Jaya hanyalah sebuah perkampungan nelayan yang begitu sukar dihubungi kerana terpaksa melalui perjalanan beberapa jam dari Kuching menggunakan pengangkutan air. Kini masa perjalanan untuk sampai ke Sadong Jaya telah menjadi singkat apabila jalanraya telah menjadi penghubung utama.
Sejak sepenggal ADUN Sadong Jaya Ir Aidel Lariwoo menjadi wakil rakyat, berbagai perubahan drastik dapat dilihat pada hari ini. Hampir keseluruhan perkampungan dalam kawasan Sadong Jaya telah menikmati bekalan elektrik dan air bersih. Jalan masuk kampung sudah dinaik taraf.
Perkembangan ekonomi pula, penduduk Sadong Jaya menceburi bidang perladangan kelapa sawit, kelapa dan sebagainya bagi meningkatkan lagi tahap ekonomi penduduk. Tanah yang dahulunya tidak diusaha kini sudah diusaha dan sudah mendapat hasil yang memberangsangkan.
Sepenggal Aidel menjadi wakil rakyat, telah wujud ramai usahawan dalam berbagai bidang di Sadong Jaya. Usahawan bumiputera dalam pembuatan perabot, makanan ringan seperti kerepek dan sebagainya. Ini mempelbagaikan lagi bidang selain daripada nelayan dan berkebun justeru menganjakkan lagi ekonomi setempat.
Tidak ketinggalan juga golongan belia di Sadong Jaya. Berbagai aktiviti sihat di adakan melalui program-program bermanafaat kepada golongan belia. Setiap kampung diwujudkan infrastruktur seperti gelanggang futsal, menaik taraf padang bola sepak dan sebagainya bagi mewujudkan belia yang aktif dalam sukan.
Rumah-rumah ibadat seperti Masjid, surau, gereja dan tua pek kong turut mendapat faedah apabila penaiktarafan rumah ibadat tersebut dilaksanakan.
Ini memberi keselesaan kepada penganut berbilang agama melakukan ibadah masing-masing.
Bukan setakat kaum melayu sahaja yang telah mentranformasi diri, kaum iban dan cina juga tidak melepaskan peluang yang disediakan oleh kerajaan.
Kini Sadong Jaya bergerak ke hadapan dalam pelbagai aspek dan berjaya memberi sumbangan yang besar kepada negeri Sarawak. Sadong Jaya sudah mampu berdiri di kaki sendiri selari dengan dasar kerajaan negeri mensejahterakan luar bandar dan merapatkan jurang ekonomi bandar dan luar bandar. - Sarawakiana
Sadong Jaya Membangun Hasil Perancangan Teratur
Reviewed by Admin
on
January 05, 2016
Rating:
Reviewed by Admin
on
January 05, 2016
Rating:




No comments: