Seo Services

SEB Pandang Serius Isu Gangguan Bekalan Elektrik


KUCHING: Penduduk di Sarawak diberi jaminan oleh pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) bahawa ia memandang serius isu gangguan bekalan elektrik di negeri itu dari semasa ke semasa.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Torstein Dale Sjotveit dalam satu kenyataan bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat SESCO Berhad, Lu Yew Hung.

"Fokus kami adalah untuk meningkatkan kebolehupayaan bekalan elektrik di seluruh negeri dengan menyiapkan bahagian-bahagian kritikal projek Talian Penghantaran 500KV pada suku kedua tahun ini.

"Ini akan meningkatkan kebolehupayaan sistem seterusnya mengelakkan kejadian seperti ini daripada berulang lagi," kata kenyataan tersebut.

Menurut mereka, punca gangguan bekalan elektrik pada Sabtu masih dalam siasatan.

Insiden litar terpelantik yang bermula pukul 6.38 petang itu berlarutan selama beberapa jam di Kuching, Sibu dan Mukah berlaku di talian Kemena ke Selangau.

"Sementara itu, kami akan memastikan bahagian terjejas pada grid 275kV akan terus dipantau lebih dekat dengan meningkatkan pemeriksaan," ujar kenyataan itu.-Bernama
SEB Pandang Serius Isu Gangguan Bekalan Elektrik SEB Pandang Serius Isu Gangguan Bekalan Elektrik Reviewed by Unknown on January 25, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.