KUCHING : Kerajaan Persekutuan merancang membina sistem bendungan yang kini diguna pakai oleh Sarawak iaitu Baraj Sungai Sarawak untuk mengatasi masalah banjir di Semenanjung dan Sabah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hal ini kerana sistem bendungan tersebut didapati berkesan digunakan untuk mengawal paras air sungai dan laut bagi mengelak bencana banjir serius berlaku di negeri ini.
“Buat permulaan, kita merancang membina baraj di Pahang, Terengganu dan Kelantan yang pernah dilanda banjir teruk sebelum ini.
“Kita akan memohon peruntukan untuk projek pembinaan yang dijangka menelan kos yang tinggi itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri taklimat mengenai bencana banjir dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak di Wisma Bapa, Petra Jaya di sini hari ini.
Baraj Sungai Sarawak yang dibina pada 1995 dan siap pada November 1997 dengan kos RM150 juta adalah sebahagian dari projek Skim Pengawalan Sungai Sarawak (SSRS). - Utusan
Sistem Baraj Sungai Sarawak Akan Diguna Pakai Untuk Atasi Masalah Banjir di Semenanjung
Reviewed by Unknown
on
January 05, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
January 05, 2016
Rating:

No comments: