Seo Services

SPRM Buat Laporan Polis Terhadap Anggota Sebar Fitnah

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim mengarahkan laporan polis dibuat bagi menyiasat dakwaan bahawa ada kakitangan SPRM cakap tanpa kebenaran pada media berhubung isu keputusan Peguam Negara.

Katanya menerusi satu kenyataan media pada Khamis mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan bukanlah pendirian rasmi SPRM kecuali ia dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Strategik SPRM.

“Tiada pernyataan oleh mana-mana individu patut diberi kepada media sebagai pendirian rasmi SPRM bagi kes-kes ini melainkan jika ia telah dikeluarkan oleh saya.

“Berdasarkan laporan media hari ini mendakwa ada anggota SPRM telah memberi taklimat kepada media yang jelas tidak benar malah melemparkan pelbagai tuduhan. Biar saya jelaskan disini jika benar ia berlaku saya tidak akan bertolak ansur dan tindakan akan diambil,” katanya.

Sehubungan itu tambahnya satu laporan polis akan dibuat bagi menyiasat dakwaan tersebut.

“Saya sudah mengarahkan supaya laporan polis dibuat supaya perkara ini boleh disiasat secara bebas.

“Pegawai SPRM seharusnya mendukung standard etika yang tinggi dan bertanggungjawab akan sumpah jawatan yang telah mereka lafazkan,” katanya lagi.

Abu turut menjelaskan bahawa SPRM tidak pernah mempunyai masalah dengan keputusan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali menutup kes terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi kes SRC dan dana RM2.6 bilion.

“Seperti yang dinyatakan semalam, rujukan kita kepada SPRM Panel Penilaian Operasi adalah satu prosedur operasi standard sebagai sebahagian daripada proses penutupan mana-mana kes.

“Jelas disini, kuasa Peguam Negara ke atas semua prosiding kes jenayah yang diberikan kepadanya adalah mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 145 (3).

“Kuasa-kuasa ini adalah mutlak dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak berkuasa, termasuk SPRM atau mana-mana panel kajian semula atau mahkamah,” ujarnya lagi. - BNBBC News
SPRM Buat Laporan Polis Terhadap Anggota Sebar Fitnah SPRM Buat Laporan Polis Terhadap Anggota Sebar Fitnah Reviewed by Admin on January 28, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.