Seo Services

TPPA Beri Kesan Positif Kepada Rakyat Dan Negara


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan membawa kebaikan serta memberi kesan positif jangka panjang kepada rakyat dan negara dari segi pertumbuhan ekonomi.

Beliau berkata bukan mudah bagi kerajaan terutama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan pegawai-pegawai kerajaan menjalankan proses perundingan TPPA yang bermula sejak tahun 2010.

Katanya ia diikuti pula dengan lebih 300 sesi penerangan kepada pelbagai lapisan masyarakat mengenai TPPA sehinggalah perjanjian itu diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Proses perundingan bermula sejak tahun 2010 dan kita dapat lihat kesungguhan dan ketegasan mereka ketika perundingan dalam mempertahankan bukan sahaja kepentingan negara malah agenda bumiputera juga,” kata beliau menerusi catatan dalam blognya, NajibRazak.com.

Katanya anggota-anggota TPPA kini menerima dan mengiktiraf Dasar Bumiputera sebagai sebahagian daripada terma-terma TPPA di peringkat global.

Najib turut menzahirkan penghargaan kepada Mustapa dan pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam perundingan dan penerangan TPPA atas usaha-usaha mereka.

Mesyuarat khas Dewan Rakyat pada Rabu lepas meluluskan usul mempersetujui penglibatan Malaysia dalam TPPA, melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 127 anggota Dewan Rakyat menyokong manakala 84 lagi menolak.

Dewan Negara kemudian meluluskan usul menyokong penyertaan Malaysia dalam TPPA, berdasarkan undi suara pada Khamis. – BERNAMA
TPPA Beri Kesan Positif Kepada Rakyat Dan Negara TPPA Beri Kesan Positif Kepada Rakyat Dan Negara Reviewed by uMieySurianie on January 30, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.