KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Sebanyak 203 menara komunikasi dibina di negeri Sarawak sehingga 31 Jan tahun ini, kata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).
KKMM dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memaklumkan kementerian itu melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga sedang membina 149 lagi menara komunikasi di negeri berkenaan.
"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 15 menara komunikasi telah dibina di Bintulu manakala tujuh menara masih dalam peringkat pelaksanaan," kata KKMM.
Penjelasan KKMM itu bagi menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) sama ada kementerian mempunyai perancangan untuk mempercepatkan penyambungan perkhidmatan telefon bimbit memandangkan menara telekomunikasi telah wujud di beberapa kawasan pedalaman di Bintulu.
Tiong juga ingin tahu sama ada kementerian mempunyai rancangan untuk memperluaskan perkhidmatan jalur lebar di kawasan Bintulu terutama di kawasan luar bandar.
Menurut KKMM, kementerian telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk memperluaskan liputan jalur lebar di kawasan Bintulu dengan mewujudkan 5,688 port Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi, 232 port Jalur Lebar Pinggir Bandar, empat Pusat Internet 1Malaysia dan 36 Wifi Komuniti. -- BERNAMA
203 Menara Komunikasi Siap Dibina Di Sarawak Setakat 31 Jan
Reviewed by Admin
on
March 21, 2016
Rating:
Reviewed by Admin
on
March 21, 2016
Rating:

No comments: