Seo Services

SAC Zamani Ketua Jabatan Pengurusan Kontijen Sarawak Baharu


KUCHING: SAC Zamani Tan Sri Haji Hamdan dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Kontijen Sarawak yang baharu menggantikan SAC Mohd Jasmani Yusoff.

Majlis serah terima tugas diadakan di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontijen Sarawak, di sini pagi tadi.

SAC Zamani Tan Sri Haji Hamdan adalah merupakan anak jati Sarawak yang sebelum ini bertugas di Jabatan Pencegahan jenayah Keselamatan Komuniti (JPJKK) Johor sebelum ditukarkan ke Sarawak.

Mohd Jasmani pula akan bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Unit Persaraan Bukit Aman beliau yang telah berkhidmat selama 1 tahun 8 bulan sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Kontijen Sarawak telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

Majlis tersebut disaksikan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Sri Muhammad Sabtu Osman, ketua-ketua polis daerah dan pegawai-pegawai kanan Kontijen Sarawak.

Terdahulu, penyerahan Piala Ketua Polis Negara(KPN) kepada Kontijen Sarawak yang mana pasukan badminton Kontijen Sarawak yang disertai oleh 25 orang peserta telah mengangkat nama Kontijen Sarawak sebagai juara menewaskan pasukan Kontijen Johor Kejohanan Badminton Piala KPN di Ipoh Perak pada 26-31 Januari yang lalu.-Sarawakiana
SAC Zamani Ketua Jabatan Pengurusan Kontijen Sarawak Baharu SAC Zamani Ketua Jabatan Pengurusan Kontijen Sarawak Baharu Reviewed by Unknown on March 21, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.