KUALA LUMPUR: Bank Rakyat mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.01 bilion bagi prestasi kewangan Bank Rakyat bagi tahun berakhir 31 Disember 2015.
Sehubungan itu, Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen tunai sebanyak 13 peratus berjumlah RM385 juta kepada ahli bagi tahun kewangan 2015, esok.
Pengerusi Bank Rakyat, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal (B), ketika mengumumkan perkara itu berkata pencapaian itu didorong pengukuhan dalam jumlah pendapatan kumpulan sebanyak RM6.43 bilion bagi tahun kewangan itu.
"Selain itu, jumlah pendapatan kumpulan mencatat peningkatan lebih tinggi iaitu sebanyak RM368 juta atau 6.1 peratus berbanding RM6.06 bilion tahun lalu.
"Secara keseluruhan, Bank Rakyat terus mengekalkan kedudukan sebagai bank koperasi Islam terbesar dalam negara mendahului institusi kewangan Islam lain dalam aspek keuntungan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media mengumumkan prestasi kewangan Bank Rakyat bagi tahun 2015 di sini, sebentar tadi.
Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin. - BH
Bank Rakyat Umum 13 Peratus Dividen
Reviewed by uMieySurianie
on
March 22, 2016
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
March 22, 2016
Rating:

No comments: