Seo Services

Mat Sabu Dihalang Masuk Sarawak


SIBU: Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohammad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu telah dihalang dari memasuki negeri ini sebaik sahaja beliau tiba di Lapangan Terbang Sibu pagi tadi.

Mat Sabu yang tiba bersama pegawai khasnya tiba di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 10.40 pagi sebelum ditahan ketika melalui pemeriksaan Imigresen.

Difahamkan beliau diarahkan meninggalkan negeri ini serta-merta, dan ketika ini dalam proses untuk dihantar balik ke Semenanjung.

Mat Sabu dikatakan dalam lawatan kerja dua hari ke Sarawak sempena pilihan raya negeri (PRN) yang dijangka tidak lama lagi. - Sarawakiana
Mat Sabu Dihalang Masuk Sarawak Mat Sabu Dihalang Masuk Sarawak Reviewed by Admin on March 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.