Seo Services

Skim MyHome Bantu Rakyat Sarawak Miliki Rumah


Sebanyak 9308 unit rumah di bawah program Skim MyHome telah diluluskan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menurut Timbalan Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Manakala sebanyak 132 buah unit daripadanya telah diluluskan dengan syarat bagi tiga projek iaitu dua di Sibu dan satu di Kuching, Sarawak.

Sejak awal perancangan lagi sehingga 25 Februari 2016 jumlah tersebut telah direkodkan dimana beberapa kriteria telah ditetapkan bagi mereka yang ingin memohon rumah tersebut.

Halimah berkata, pemohon mestilah warganegara Malaysia, berumur 18 tahun keatas, pembelian rumah yang pertama, pendapatan isi rumah mestilah tidak melebihi RM3000 sehingga RM4000 bagi program Skim MyHome 1, sementara program Skim MyHome 2 pula pendapatan isi rumah mestilah tidak melebihi RM4001 sehingga RM6000.

“Skim MyHome merupakan insiatif kerajaan dalam menggalakkan lebih ramai yang berupaya untuk memiliki rumah dengan harga yang kita tawarkan adalah sebanyak RM30,000 seunit,”

Menurut beliau, tiga faktor asas dalam pembinaan rumah tersebut diambil kira iaitu iaitu permintaan pembeli potensi di kawasan tersebut, penawaran memajukan kawasan industri, serta cadangan pembangunan oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata sedemkian bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong meminta kementerian menyatakan apakah kriteria untuk mendapatkan keluluskan bagi rumah mampu milik dan mesra rakyat dan berapakah jumlah yang sudah dilaksanakan di seluruh negara dan khasnya di negeri Sarawak di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambah Halimah lagi, terdapat satu lagi program iaitu Projek Perumahan Rakyat (PPR) dimana ia mempunyai dua kategori untuk dimiliki dan untuk disewa.

Halimah yang juga merupakan ahli parlimen Tenggara turut menjelaskan sehingga 31 Januari 2016, sebanyak 3521 unit rumah PPR yang telah dibina dimana 615 daripadanya dirancang untuk dibina di Sarawak.

Menurut beliau, kriteria pemohon adalah sama seperti yang telah ditetapkan oleh setiap kerajaan negeri.

Pemohon hendaklah warganegara Malaysia, berumur 18 tahun keatas, belum memiliki rumah, pendapatan RM2500 dan ke bawah serta syarat tambahan yang ditetapkan kerajaan negeri.

“Kalau tidak ada slip gaji sekalipun, kita ada skim kredit perumahan di bawah Kementerian Kewangan yang boleh menguruskan supaya mereka masih boleh memiliki rumah yang telah kita sediakan,” ujarnya. - Sarawakiana
Skim MyHome Bantu Rakyat Sarawak Miliki Rumah Skim MyHome Bantu Rakyat Sarawak Miliki Rumah Reviewed by Unknown on March 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.