Seo Services

Lebih 40,000 Pengunjung Membanjiri Sejiwa Senada Mukah


MUKAH: Lebih 40,000 orang penduduk di sekitar Mukah menghadiri Majlis Perasmian Sejiwa Senada di Dataran Pehin Setia Raja, di sini pagi tadi.

Majlis tersebut, telah dihadiri oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Haji Adenan Satem bersama isteri Puan Hajah Jamilah Anu serta tetamu kehormat yang lain.

Penganjuran melibatkan lima bahagian sebelum ini iaitu Miri, Sibu, Sarikei , Saratok dan Kapit, ianya memberi manfaat besar kepada rakyat setempat melalui penyaluran maklumat secara lansung oleh agensi kerajaan, swasta dan NGO.

Majlis tersebut turut menyaksikan Ketua Menteri yang tiba pada majlis tersebut terus ke pentas bagi menyanyikan dua buah lagu kegemaran beliau iaitu 'Young Ones' yang dipopularkan oleh Cliff Richards dan 'Biarlah Aku Pergi' yang dipopularkan oleh Allahyarhamah Puan Sri Saloma.

Suasana bertambah meriah apabila menyaksikan sambutan yang begitu menggalakkan oleh penduduk tempatan mahupun penduduk luar Mukah.

Turut memeriahlan lagi Program Sejiwa Senada 2016 Mukah yang berlangsung dari 18 hingga 20 Mac 2016 ini iaitu pelbagai program, aktiviti dan hiburan telah disediakan termasuk Pertandingan Battle of The Band Sejiwa Senada Bahagian Mukah dan Persembahan yang akan disertai oleh barisan penyanyi tempatan. - Sarawakiana
Lebih 40,000 Pengunjung Membanjiri Sejiwa Senada Mukah Lebih 40,000 Pengunjung Membanjiri Sejiwa Senada Mukah Reviewed by uMieySurianie on March 19, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.