KUCHING: Pengasas parti STAR Sarawak Dr Patau Rubis disahkan meninggal dunia pada jam 5 petang tadi.
Difahamkan Dr Patau, 70, rebah ketika mempengerusikan mesyuarat tahunan (AGM) STAR di sebuah hotel di sini hari ini.
Parti Reformasi Negeri atau State Reform Party (STAR) ditubuh pada 9 Oktober 1996 oleh Dr Patau Rubis setelah beliau dipecat dari kabinet negeri Sarawak pada Oktober 1995.
Dr Patau kemudiannya turut digugurkan dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).
Beliau secara rasminya dipilih sebagai Presiden parti STAR yang pertama di dalam persidangan sulung tiga tahunan parti STAR pada 9 Mac 1997.- Sarawakiana
Pengasas STAR Dr Patau Rubis Meninggal Dunia
Reviewed by Unknown
on
March 20, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 20, 2016
Rating:

No comments: