LUNDU: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang juga merupakan calon serta penyandang bagi kerusi Tanjung Datu melahirkan rasa bangga dan terharu terhadap sokongan ahli-ahli jentera PBB Tanjung Datu serta penduduk kampung kerana mempercayai dirinya sebagai wakil rakyat kawasan N.3 Tanjong Datu amnya.
Menurut beliau, tanpa sokongan padu daripada rakyat yang berganding bahu di DUN Tanjong Datu, tidaklah beliau menjadi Yang Berhormat dan seterusnya menjadi Ketua Menteri Sarawak.
“Saya bukan Ketua Menteri untuk orang Teluk Melano sahaja, tetapi juga Ketua Menteri bagi seluruh bangsa di Sarawak”, ujarnya semasa Pelancaran Jentera Pilihan Raya DUN Tanjong Datu pagi tadi,
Dalam pada itu, Adenan berjanji akan terus membangunkan Pekan Lundu seperti yang telah dirancang sebelum ini.
Oleh yang demikian, usaha untuk membangunkan Lundu sebagai sebuah Bandar yang mempunyai tarikan para pegunjung, sebuah waterfront akan dibina di sepanjang Tebingan Sungai Lundu.
Di samping itu, Adenan memberitahu inisiatif yang telah dilaksanakan seperti penurunan kadar elektrik, penghapusan tol, caj feri minima adalah hanya untuk rakyat Sarawak.-Sarawakiana
PRN11: Adenan Berterima Kasih Atas Sokongan Rakyat Tanjong Datu
Reviewed by Unknown
on
March 20, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 20, 2016
Rating:

No comments: