Seo Services

Sibu Main Peranan Besar Dalam SCORE - TYT

Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyempurnakan simbolik pelancaran Yayasan Toh Li Hua dengan menerima replika cek daripada Toh Chiew Hock. - Gambar Penerangan
SIBU, Rabu: - Sibu di wilayah tengah negeri Sarawak memainkan peranan besar dalam pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Menerusi amanat sempena lawatan kerja ke Kolej Universiti Teknologi Sarawak (UCTS), Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata pembangunan wilayah ini sememangnya berjalan rancak dan menunjukkan kemajuan pesat.

“Pada masa sekarang, negeri ini sedang melalui fasa kedua pembangunan, kebanyakan bahagian di negeri ini sedang menunjukkan pembangunan yang pesat dan bukan sahaja di bandar-bandar besar seperti Kuching, Bintulu tetapi turut meliputi bandar-bandar lain di negeri ini,” tambah beliau di majlis yang turut dihadiri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib di sini pagi tadi.

Menurut Taib lagi, matlamat menjadikan negeri ini maju pada 2030 adalah realistik berdasarkan pembangunan pesat dan kemajuan infrastruktur serta rakyat yang berfikiran terbuka dan positif dalam menerima pembangunan.

“Kestabilan politik dan pertukaran pemimpin yang lancar juga mampu menjadikan negeri ini maju pada tempoh yang ditetapkan,” jelas beliau lagi.

Dalam majlis sama, diadakan penyampaian Sijil Platinum Green Building Index (GBI) kepada kampus UCTS yang diiktiraf sebagai kampus hijau berteknologi tinggi melalui penarafan tertinggi platinum.

GBI Malaysia merupakan organisasi mengiktiraf dan memberikan penarafan kepada bangunan-bangunan hijau di Malaysia.

Turut diadakan pelancaran Yayasan Toh Li Hua yang ditubuhkan oleh Pengerusi dan Pengarah Urusan Hock Peng Organisation Datuk Toh Chiew Hock dan isteri Datin Lau Ai Ling.

Yayasan Toh Li Hua ditubuhkan untuk membantu pelajar mengikuti pengajian tinggi terutamanya di UCTS.

Hadir sama Menteri Kewangan Kedua merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UCTS Dato Sri Wong Soon Koh, Naib Canselor UCTS Profesor Datuk Dr Abdul Hakim Juri, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) Datu Len Talif Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka Dr Annuar Rapaiee, Residen Sibu Hii Chang Kee dan Pengarah Urusan GBI Sdn Bhd Dr Herman Teo. - Sarawakiana
Sibu Main Peranan Besar Dalam SCORE - TYT Sibu Main Peranan Besar Dalam SCORE - TYT Reviewed by Admin on March 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.