Seo Services

#PRNSARAWAK 13,000 Anggota ATM Kawal PRN Sarawak


KOTA BAHARU: Seramai 13,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan ditugaskan menjaga keselamatan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11, bulan depan.

Panglima Tentera Darat, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, ia membabitkan pasukan Divisyen Pertama Infantri Malaysia.

"Penempatan mereka untuk membantu melicinkan perjalanan proses pilihan raya nanti.

"Di Sabah pun kita bersiap siaga membantu jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya di sini, hari ini.

Beliau terdahulu menyempurnakan Majlis Perbarisan Penghargaan Sempena Persaraan Inspektor Jeneral Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Ab Aziz Abdullah di Batalion Ke-16
Rejimen Askar Melayu Diraja, di Kem Desa Pahlawan Kok Lanas.

Dalam pada itu, kawalan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan diperketatkan susulan penurunan paras air Sungai Golok, kesan cuaca panas melampau.

Katanya, rondaan lebih kerap dilakukan pasukan Divisyen Ke-2 Infantri Malaysia bagi mengekang sebarang kegiatan tidak diingini.

"Setakat ini tiada lagi laporan mengenai aktiviti penyeludupan," katanya. - Harian Metro
#PRNSARAWAK 13,000 Anggota ATM Kawal PRN Sarawak #PRNSARAWAK 13,000 Anggota ATM Kawal PRN Sarawak Reviewed by uMieySurianie on April 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.