Seo Services

Hanya 10 Peratus Polis Sarawak Cuti Raya


KUCHING: Polis Sarawak hanya membenarkan sebanyak 10 peratus daripada lebih 6,000 anggota bercuti sempena perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sarawak Dato Abd Aziz Yusof berkata, seramai 90 peratus anggotanya akan menjalankan tugas seperti biasa pada perayaan Aidilfitri.

“Ini adalah bagi memastikan tugasan cegah jenayah sepanjang tempoh tersebut berjalan lancar”,katanya ketika ditemui dalam sidang media selepas program pengagihan bubur lambuk di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak disini hari ini.

Selain itu, Abd Aziz juga menasihatkan orang ramai supaya memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya bagi memudahkan kelancaran operasi Op Selamat yang dilancarkan semalam.

Beliau juga menggesa orang ramai memberi kerjasama kepada pihak polis berhampiran sekiranya meninggalkan rumah untuk balik ke kampung halaman masing-masing agar anggota polis boleh menjalankan rondaan bagi menjaga keselamatan rumah semasa ketiadaan pemilik rumah.- Sarawakiana
Hanya 10 Peratus Polis Sarawak Cuti Raya Hanya 10 Peratus Polis Sarawak Cuti Raya Reviewed by Unknown on June 30, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.