KUCHING: Pengorbanan anggota tentera tidak pernah dilupakan
setiap kali tiba perayaan termaasuk Hari Raya Aidilfitri kerana mereka
berkorban menjaga keselamatan negara.
Hari ini telah diadakan Majlis Penyerahan Sumbangsih Kuih
Raya kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dewan Bukavu, Kem
Penrissen yang disempurnakan oleh Isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk
Jamilah Anu.
Menurut Jamilah, Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri
(SABATI) menyokong penuh program seperti itu kerana menghargai jasa dan
pengorbanan perwira negara.
“Saya berharap usaha murni seperti ini dapat diteruskan
sebagai simbol menghargai anggota keselamatan khususnya ATM di negeri ini,”
katanya. – Sarawakiana.
Pengorbanan tentera tidak pernah dilupakan
Reviewed by Unknown
on
June 20, 2016
Rating:
No comments: