KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) menyumbang sejumlah RM321,000 kepada 321 buah masjid dan surau di bahagian ini bagi tujuan pelbagai aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadan ini.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Menteri Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg menyerahkan sumbangan tersebut pada satu majlis di Dewan Kompleks Islam Sarawak di sini hari ini.
Menurut Abang Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.8 Satok, sumbangan tersebut bagi membolehkan surau dan masjid menganjurkan aktiviti yang berfaedah sepanjang Ramadhan.
"Diharapkan sumbangan ini dapat digunakan untuk aktiviti berfaedah seperti kuliah agama dan tadarus al-Quran," katanya. - Sarawakiana
RM321,000 untuk Pelbagai Aktiviti Ramadhan di Kuching
Reviewed by Admin
on
June 20, 2016
Rating:
No comments: