Seo Services

28 Individu DiTuduh Di Mahkamah Berkaitan Rasuah - Badrul Shah

Pengarah SPRM Cawanagan Sarawak Datuk Badrul Shah Norman


KUCHING : Seramai 28 individu yang dituduh di mahkamah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sarawak dari tempoh Januari hingga 21 Julai ini.

Pengarah SPRM Negeri Datuk Badrul Shah Norman menyatakan jumlah tertuduh itu hasil tangkapan terhadap 62 individu termasuk 19 penjawat awam melibatkan akta SPRM 2009.

"Ini termasuk meminta, menerima wang dan salahguna kuasa," katanya.

"Semua pertuduhan tersebut dibuat berdasarkan 52 kertas siasatan yang telah dibuka dari 230 maklumat yang diterima pihak SPRM," jelasnya.

Beliau ditemui media pada Program Merakyatkan Majlis Sarawak Merdeka SPRM 2016 di Komplek SPRM Sarawak di Kuching semalam.

Beliau turut menyatakan SPRM turut mengambil pendekatan dengan strategi baru membenteras gejala rasuah serta bekerjasama dengan parti-parti politik, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).-Sarawakiana
28 Individu DiTuduh Di Mahkamah Berkaitan Rasuah - Badrul Shah 28 Individu DiTuduh Di Mahkamah Berkaitan Rasuah - Badrul Shah Reviewed by Unknown on July 25, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.