Seo Services

'Berputih Mata' Lamborghini RM800K Dilarikan



SEORANG ahli perniagaan ‘berputih mata’ apabila kereta mewah Lamborghini miliknya yang berharga RM800,000 dibawa lari oleh tiga penjenayah yang bersenjatakan parang, pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, mangsa, 31, yang memandu bersendirian dikatakan telah dilanggar oleh sebuah kereta BMW di Jalan Wawasan, Puchong.

Seorang sumber polis memberitahu Harian Metro, kemalangan kecil itu sekali gus menyebabkan mangsa terpaksa berhenti di bahu jalan untuk melihat kerosakan yang dialami.

“Salah seorang suspek kemudian keluar dari kenderaannya dan ‘berlakon’ berbincang dengan mangsa berhubung kerosakan kereta ‘sport’ itu.”, kata sumber itu.

Ketika sedang dalam perbincangan itu, dua lagi suspek kemudian keluar dari BMW itu dengan parang ketika mangsa mengambil foto kedua-dua kereta itu.

Mangsa yang ketakutan melarikan diri apabila diancam oleh suspek, sebelum mereka melarikan Lamborghini tersebut. – MYNEWSHUB.CC
'Berputih Mata' Lamborghini RM800K Dilarikan 'Berputih Mata' Lamborghini RM800K Dilarikan Reviewed by Unknown on July 27, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.