Seo Services

Cuti Peristiwa 8 Julai, Kerajaan Negeri Ikut Kerajaan Persekutuan



KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem bersetuju untuk menjadikan tarikh 8 Julai sebagai cuti peristiwa untuk penjawat awam negeri seperti keputusan dibuat kerajaan persekutuan.

"Ketua Menteri bersetuju yang mana perkhidmatan awam negeri akan mengikut keputusan dibuat kerajaan persekutuan," kata Adenan menerusi kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Ambrose Cheng hari ini.

Sebelum ini, kerajaan persekutuan mengumumkan 8 Julai sebagai cuti peristiwa.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dipetik sebagai berkata, kerajaan bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai ini kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan jika Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai.

Bagaimanapun katany, pelepasan khas daripada bertugas itu tidak terpakai sekiranya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai. -Sarawakiana.




Cuti Peristiwa 8 Julai, Kerajaan Negeri Ikut Kerajaan Persekutuan Cuti Peristiwa 8 Julai, Kerajaan Negeri Ikut Kerajaan Persekutuan Reviewed by Unknown on July 01, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.