MIRI: Seramai enam tersangka telah ditahan malam tadi dan pagi ini berkaitan kes pembunuhan Setiausaha PKR cabang Miri, Bill Kayong.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar dalam satu kenyataan berkata, enam suspek yang terdiri dari lima lelaki dan seorang wanita berusia antara 22 dan 41 tahun.
"Mereka telah ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.
"Pasukan petugas tidak akan mendedahkan maklumat lanjut pada masa ini supaya tidak menjejaskan proses siasatan," katanya.
Bill Kayong atau nama islam Mohammad Hasbie Abdullah,43 juga merupakan aktivis berkaitan tanah adat telah ditembak mati dalam kenderaannya ketika berhenti sebuah persimpangan lampu isyarat di Kuala Baram pada 21 Jun lalu.
Pada PRN-11, Bill bertanding atas tiket PKR bagi DUN Bekenu namun tewas kepada calon BN dalam pertembungan empat penjuru. - Sarawakiana
Enam Ditahan Berkaitan Kes Bunuh Bill Kayong
Reviewed by Admin
on
July 01, 2016
Rating:
No comments: