Seo Services

Hampir 71 ribu saman dalam tempoh 4 hari Op Selamat 9

4 JULAI: Sebanyak 70,775 saman dikeluarkan polis di seluruh negara dalam tempoh empat hari pelaksanaan Op Selamat 9 meningkat lebih 1,000 berbanding tempoh sama dalam Op Selamat 8 tahun lalu.

Op Selamat 9 tahun ini yang bermula sejak 29 Jun lalu.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mahamad Akhir Darus berkata, jumlah kemalangan turut meningkat 10.7 peratus kepada 6,312 pada tahun ini berbanding 5,702 untuk empat hari pertama tahun lalu.

Bagaimanapun, kemalangan maut mencatatkan penurunan iaitu cuma 64 kes pada tahun ini berbanding 89 kes pada 2015.

Bercakap dalam sidang media Op Selamat 9 di Pejabat Trafik Kuala Muda di Alor Setar hari ini, Mahamad Akhir berkata, sejumlah 6,312 kemalangan direkod di seluruh negara sepanjang empat hari Ops Selamat 9.

Katanya, Selangor mencatat kes paling tinggi iaitu 2,051 kemalangan.
Negeri-negeri lain yang turut mencacatkan kemalangan tinggi termasuk Kuala Lumpur dengan 895 kes, diikuti Johor sebanyak 859 kes, Pulau Pinang 478 kes dan Perak 435 kes.

Beliau berkata sikap pengguna jalan raya dikenal pasti menjadi punca utama yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan, iaitu mementingkan diri sendiri.

“Untuk operasi kali ini, kita masih menumpukan kepada enam kesalahan utama yang menjurus kepada berlakunya kemalangan iaitu memandu di lorong kecemasan, memotong barisan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, melanggar lampu isyarat merah dan memandu melebihi had laju selain kesalahan-kesalahan lain,” katanya.

Seramai 8,500 pegawai dan anggota trafik ditugaskan sepanjang 15 hari operasi tersebut. - BNBBC
Hampir 71 ribu saman dalam tempoh 4 hari Op Selamat 9 Hampir 71 ribu saman dalam tempoh 4 hari Op Selamat 9 Reviewed by Admin on July 04, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.