JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia melaksanakan hukuman tembak mati ke atas empat pesalah dadah, tiga daripadanya rakyat asing, tengah malam tadi.
Timbalan Peguam Negara, Noor Rachmad berkata, tiga rakyat asing itu merupakan warga Nigeria dan seorang lagi pesalah adalah penduduk tempatan.
“Tugas ini tidak menyeronokkan kerana bagi kami ia menyedihkan kerana melibatkan nyawa manusia.
“Tetapi undang-undang perlu ditegakkan bagi menghentikan jenayah pengedaran dadah,” katanya.
Bagaimanapun beliau tidak menyatakan nasib 10 lagi pesalah dadah yang dikenakan hukuman sama. – AFP/Utusan Malaysia
Indonesia Tembak Mati 4 Pesalah Dadah
Reviewed by Unknown
on
July 29, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
July 29, 2016
Rating:

No comments: