Seo Services

Mayat Warga Emas Hilang Di Sessang Ditemui Terapung


SARATOK: Warga emas yang dilaporkan hilang ketika menangkap udang di sungai Kampung Sessang Isnin lepas terjawab apabila mayat mangsa ditemui terapung di bawah jambatan kampung berkenaan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di sini kira-kira jam 8.45 pagi tadi.

Mangsa Suhaili Ladi, 62 difahamkan keluar dari rumah untuk menangkap udang di kawasan sungai berhampiran bersama dua lagi rakannya dengan menaiki bot berasingan pada isnin sebelum di laporkan hilang.

Kehilangan mangsa yang lebih dikenali sebagai Eli itu sekaligus menimbulkan andaian orang ramai bahawa mangsa mungkin dibaham oleh reptilia ganas yang menghuni sungai tersebut dan pernah meragut nyawa beberapa orang sebelum ini.

Menurut sumber mayat mangsa ditemui dengan keadaan masih lengkap berpakaian dengan keadaan seluruh anggota badan masih sempurna.

Walau bagaimanapun, punca sebenar kematian mangsa masih belum diketahui dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Saratok untuk tindakan selanjutnya.-Sarawakiana
Mayat Warga Emas Hilang Di Sessang Ditemui Terapung Mayat Warga Emas Hilang Di Sessang Ditemui Terapung Reviewed by Unknown on July 27, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.