Seo Services

Persiapan Penuh SUKMA Ke-18 Bermula Hari Ini


KUCHING: Persiapan penuh untuk memastikan kelancaran kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-18 yang berlangsung di Sarawak dari 22 hingga 31 Julai bermula hari ini.

Ia merangkumi persiapan kemudahan penginapan dan pengangkutan sepanjang berlangsungnya temasya dwi tahunan itu.

Lebih menarik lagi, 'dry run' akan bermula esok kita-kira jam 6.45 pagi untuk membolehkan semua kenderaan dan pegawai bertugas dapat menyiapkan diri dari aspek masa yang dijadualkan serta menguji laluan yang bakal digunakan.

Sebanyak 25 bas Rapid KL akan menjadi pengangkutan rasmi atlet dan pegawai SUKMA.

Bas tersebut akan mula bergerak di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang merupakan perkampungan sukan ke venue acara sekitar bandar raya ini.

Jurucakap Sekretariat SUKMA Sarawak, setakat ini seramai 620 sukarelawan teknikal dipilih untuk membantu melancarkan sukan peringkat kebangsaan itu.

"Dua kategori dikenalpast untuk sukarelawan ini merangkumi sukarelawan teknikal yang berperanan membantu pegawai sukan melaksanakan tugas di venue acara manakala sukarelawan am dikendalikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Lebih kurang 60 peratus sukarelawan merupakan kakitangan agensi kerajaan negeri," katanya.

Pada SUKMA kali ini, sebanyak 24 sukan dipertandingkan dengan 19 merupakan sukan wajib sementara lagi adalah sukan pilihan.

Bandar raya ini dan Kota Samarahan akan menganjurkan 19 acara sukan, tiga (Sibu) dan dua (Miri). -Sarawakiana.
Persiapan Penuh SUKMA Ke-18 Bermula Hari Ini Persiapan Penuh SUKMA Ke-18 Bermula Hari Ini Reviewed by Unknown on July 01, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.