Seo Services

Polis Jalan Siasatan Terperinci Kes Tembak Bill Kayong


SERIAN: Siasatan kes pembunuhan setiausaha PKR cabang Miri Bill Kayong yang ditembak mati dari jarak dekat dalam kejadian yang berlaku di lampu isyarat berdekatan sebuah pusat komersial di Tudan, 21 Jun lepas akan disiasat secara terperinci dan sebaik mungkin.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor dipetik sebagai berkata, beliau memberi jaminan siasatan berhubung kes tembak mati pemimpin PKR Bill Kayong akan dilakukan sebaik mungkin.

“Seramai enam suspek telah ditahan berhubung kes ini dan telah direman sehingga 8 Julai ini.” jelasnya ketika sidang media di Pos JPG Bunan Gega, Mongkos disini semalam.

Walaubagaimanapun, Mazlan tidak mendedahkan maklumat hasil siasatan yang sedang dijalankan oleh pasukan siasatan khas yang mengendalikan kes tersebut.

Mengulas lanjut, Mazlan menambah siasatan menjurus kepada tiga elemen secara prinsipnya termasuk elemen lain yang mungkin timbul.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan enam suspek telah ditangkap dan direman bagi siasatan setakat ini.-Sarawakiana
Polis Jalan Siasatan Terperinci Kes Tembak Bill Kayong Polis Jalan Siasatan Terperinci Kes Tembak Bill Kayong Reviewed by Unknown on July 05, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.