Seo Services

Tiga Rakyat Indonesia Diculik Di Lahad Datu


KOTA KINABALU – Tiga warga Indonesia dipercayai diculik lima lelaki bersenjata di Lahad Datu, lewat malam Sabtu, kes penculikan terbaharu yang menggemparkan dunia.

Kesemua mangsa dipercayai diculik dari sebuah kapal tunda kira-kira pukul 11.40 malam Sabtu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata satu sidang media di Lahad Datu akan diadakan petang Ahad tanpa mendedahkan maklumat terperinci mengenainya.

Pada 20 Jun lalu, tujuh anak kapal warga Indonesia diculik kumpulan Abu Sayyaf di Laut Sulu.

Abu Sayyaf merupakan kumpulan militan yang terkenal dengan kegiatan penculikan warga asing serta menuntut wang tebusan yang tinggi.

Pada April lalu kumpulan tersebut turut menculik empat rakyat Malaysia di perairan sama tetapi kesemua mangsa dibebaskan bulan lalu. – mStar Online
Tiga Rakyat Indonesia Diculik Di Lahad Datu Tiga Rakyat Indonesia Diculik Di Lahad Datu Reviewed by Unknown on July 10, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.