Seo Services

Video: Lamborghini Tunda Kandang Kambing


VIRAL menerusi laman Youtube beberapa hari lalu apabila memaparkan sebuah kereta mewah Lamborghini dilihat menunda sebuah kandang kambing di sebatang jalan raya.

Seorang pemandu kereta yang secara kebetulan turut melalui jalan tersebut berjaya sempat merakamkan aksi selamba pemandu Lamborghini itu.


Jelas kelihatan beberapa ekor kambing sedang duduk dengan lenanya di dalam kandang yang ditunda oleh kereta mewah tersebut.

Video pendek yang berdurasi 2 minit itu telah dimuat naik oleh seorang individu bernama Joseph Criniti.

Kereta mewah berwarna kelabu dari model Lamborghini Murcielago itu dikatakan bernilai £150,000 (RM803,327.40).

Sepasang suami isteri dilihat memandu kereta mewah berkenaan. Video yang dimuat naik ke laman Youtube itu telah ditonton lebih daripada 180 ribu pelayar Internet.

Individu yang memuat naik video tersebut bagaimanapun tidak menyatakan tempat dan masa kejadian itu dirakam. -MYNEWSHUB.CC
Video: Lamborghini Tunda Kandang Kambing Video: Lamborghini Tunda Kandang Kambing Reviewed by Unknown on July 28, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.