Seo Services

2 juruterbang mabuk United Airlines ditahan

Dua juruterbang United Airlines ditahan kerana disyaki mabuk sebelum mereka dijadualkan menerbangkan 141 penumpang dari Scotland ke Amerika Syarikat dan akan dihadapkan di mahkamah hari ini, menurut polis.

Perkhidmatan Polis Scotland menyatakan ia menahan mereka kelmarin di Lapangan Terbang Glasgow dan juruterbang lelaki berusia 45 dan 35 tahun itu akan dihadapkan di mahkamah di Paisley, Glasgow, untuk pertuduhan berkaitan undang-undang keselamatan pengangkutan Britain.

United Airlines menyatakan penerbangan dari Glasgow ke Newark, New Jersey, kelmarin tertangguh selama 10 jam kerana syarikat penerbangan itu mencari juruterbang gantian.

“Kedua-dua juruterbang itu dikeluarkan daripada perkhidmatan dan tugasan penerbangan mereka,” kata jurucakap wanita United, Erin Benson.

“Kami bekerjasama dengan pihak berkuasa dan akan turut menjalankan siasatan kami sendiri. Keselamatan pelanggan dan kru kami adalah keutamaan kami.”- BNBBC News
2 juruterbang mabuk United Airlines ditahan  2 juruterbang mabuk United Airlines ditahan Reviewed by Admin on August 29, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.