AMERIKA SYARIKAT: Tindakan bijak dua individu yang terkandas selama seminggu di sebuah pulau Pasifik menulis mesej SOS pada pasir di tepi pantai membuahkan hasil selepas mereka akhirnya berjaya diselamatkan.
Semalam, pengawal pantai memaklumkan pasangan terbabit, Linus dan Sabina Jack yang mempunyai bekalan terhad serta tiada peralatan kecemasan itu ditemui di Pulau Timur Fayu di Micronesia oleh tentera Amerika Syarikat (AS).
Kedua-dua mangsa itu dilaporkan menaiki bot sepanjang lima meter dari Pulau Weno di Micronesia pada 17 Ogos lalu sebelum dilaporkan hilang selepas mereka tidak sampai di Pulau Tamatam pada keesokan harinya.
Menurut pihak berkuasa, sebanyak 15 kapal dan dua pesawat digunakan dalam operasi untuk mencari dan menyelamat (SAR) mereka di kawasan berkeluasan hampir 43,000 kilometer persegi.
Difahamkan, pasangan terbabit diselamatkan bot peronda sebelum dibawa ke atol Nomwin. - AFP
SOS Jadi Penyelamat
Reviewed by uMieySurianie
on
August 29, 2016
Rating:
No comments: