Seo Services

Akta 164 dipinda selesai pertikaian - PM

Foto: Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: Pindaan ke atas Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164) akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang bagi menyelesaikan isu pertikaian apabila salah seorang pasangan suami isteri memeluk Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pindaan itu akan dibuat berdasarkan tiga prinsip utama iaitu sebarang isu berbangkit berkenaan perceraian bagi perkahwinan yang didaftarkan secara sivil perlu diselesaikan di Mahkamah Sivil terlebih dahulu bagi memastikan tuntutan seperti hak jagaan dan nafkah anak hingga ke peringkat pendidikan tertinggi terpelihara.

"Kedua, berpaksikan kepada prinsip keadilan sejagat, pindaan akta ini akan memberikan peluang kepada kedua-dua pasangan untuk menyelesaikan isu perkahwinan sivil di mahkamah sivil dan seterusnya membolehkan mereka meneruskan kehidupan masing-masing seperti untuk berkahwin lain bagi pasangan bukan Islam.

"Ketiga, percanggahan yang berlaku antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah berbangkit daripada pemelukan agama Islam oleh salah seorang pasangan dapat diselesaikan dan seterusnya kelompangan perundangan dan pertindihan peruntukan undang-undang sedia ada dapat diselesaikan," katanya ketika berucap merasmikan pada sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2016 dengan tema "Sepadu Usaha: Tiada Wanita Ketinggalan" di sini, hari ini.

Turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim

Akta 164 dipinda selesai pertikaian - PM Akta 164 dipinda selesai pertikaian - PM Reviewed by uMieySurianie on August 25, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.