Jika sebut sahaja nama langsuir dan pontianak sudah pasti ada yang terbayang wajah yang begitu menyeramkan pada entiti tersebut. Masyarakat Asia Tenggara sering disuap dengan cerita-cerita yang menyeramkan terutamanya langsuir dan pontianak.
Difahamkan melalui penceritaan orang tua-tua terdahulu, langsuir dan pontianak memang berbeza dari rupa bentuk. Apa yang diperkatakan langsuir kononnya wujud di hutan dan rumah-rumah terbiar ditepi sungai.
Manakala pontianak diceritakan wujud apabila seorang wanita mengandung telah mati dibunuh bersama anak yang dikandung. Kononnya pontianak terjadi adalah kerana ingin membalas dendam dan ia lebih hampir kepada kawasan manusia diami.
Menurut cerita, langsuir lebih suka makan insang ikan yang masih berdarah yang didapati dari bubu-bubu yang dipasang oleh manusia. Sebab itu langsuir lebih gemar mendiami kawasan yang berhampiran sungai serta gemar mengganggu manusia.
Berbeza pula dengan pontianak yang bergayut di pokok-pokok berhampiran dengan tempat kejadian entiti tersebut dibunuh sebelumnya. Ia menganggu ketenteraman kaum keluarga yang terlibat dengan pembunuhan tersebut.
Perbezaan langsuir dan pontianak difahamkan kuku langsuir lebih panjang daripada pontianak dan langsuir lebih kuat ngilai ketawa daripada pontianak. Gigi taring langsuir juga lebih panjang berbanding pontianak.
Menurut cerita lagi, langsuir tidak diketahui jantinanya dan pontianak memang diketahui daripada wanita. Menurut kisah langsuir lebih mudah ditangkap berbanding pontianak kerana langsuir mudah diketahui melalui hilai ketawanya.
Kisah langsuir dan pontianak hanya cerita dari mulut ke mulut oleh orang tua-tua terdahulu dan motif penceritaan tidak pula diketahui sama ada sahih ataupun tidak.
Namun segala apa yang berlaku, Allah SWT adalah lebih berkuasa terhadap sekalian alam dan syirik jika menyekutu Allah SWT.-Sarawakiana
Namun segala apa yang berlaku, Allah SWT adalah lebih berkuasa terhadap sekalian alam dan syirik jika menyekutu Allah SWT.-Sarawakiana
Antara Langsuir Dan Pontianak
Reviewed by Unknown
on
August 25, 2016
Rating:
No comments: