KUALA LUMPUR – Kini atlet-atlet negara mempunyai satu lagi sebab terbaik untuk berusaha lebih gigih dan memenangi pingat emas dalam temasya Olimpik pada masa akan datang.
Meskipun pingat emas disifatkan sebagai hadiah kepada negara dan ganjaran hasil penat lelah diri sendiri, namun tentunya insentif tambahan terbaharu ini juga boleh menjadi pemangkin semangat.
Apa tidaknya, syarikat udara tambang rendah terkenal, AirAsia mengumumkan ganjaran penerbangan percuma sepanjang hayat untuk semua pemenang pingat emas dari negara-negara Asia Tenggara, di Sukan Olimpik Rio 2016.
Bagaimanapun tidak dilupakan jasa pemenang pingat perak dan gangsa pula bakal menerima ganjaran penerbangan percuma, masing-masing untuk tempoh lima dan tiga tahun.
Pemberian ganjaran ini bermakna semua atlet terbabit akan terbang secara percuma ke 120 destinasi AirAsia di seluruh dunia.
Dalam satu kenyataan media, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes memaklumkan, insentif itu diberikan atas rasa bangga dengan pencapaian atlet dari 10 buah negara terbabit, dalam memberikan saingan kepada atlet-atlet terbaik dunia.
“Mereka (atlet-atlet) ini membuktikan dengan keyakinan yang tinggi dan usaha yang tidak mengenal erti penat, akan membuahkan hasil.
“Ini membuktikan atlet dari Asia Tenggara juga mampu bersaing di peringkat tertinggi,” kata Tony.
Beliau juga berharap akan dapat melihat lebih banyak kilauan pingat di Sukan Olimpik yang akan datang. MyNewsHub
Atlet Emas Olimpik ASEAN Terbang Percuma AirAsia
Reviewed by Azmin
on
August 24, 2016
Rating:
No comments: