Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa 'Dapur Pelamin Anganku' dijadikan tajuk sempena Hari Wanita Se-Dunia yang jatuh pada harti ini. Ada yang berfikir ia seperti sebuah tajuk lagu 'Pelamin Anganku Musnah' yang begitu popular pada era 90'an yang masih menjadi siulan sehingga kini..
Roeziah Mustapha, 39 tahun atau lebih dikenali sebagai Azie, artis Sarawak yang popular dengan lagu Pelamin Anganku Musnah pada era 90'an mempunyai cerita disebalik nama 'Dapur Pelamin Anganku'.
Sarawakiana telah menemubual beliau untuk merungkai rahsia Azie yang menyepi kebelakangan ini.
Sarawakiana telah menemubual beliau untuk merungkai rahsia Azie yang menyepi kebelakangan ini.
S : Assalamualaikum Azie, sejak kebelakangan ini Azie terus menyepi dari dunia hiburan ?
J : Waalaikumsalam. Sebenarnya nak dikatakan terus menyepi dalam dunia hiburan tidaklah juga kerana masih aktif menyanyi dalam majlis-majlis tertentu. Mungkin saya tidak lagi muncul dengan album baru kelihatan saya seolah-olah menyepi dari dunia hiburan.
S : Apa yang menyebabkan Azie terus menghilang di dunia hiburan ?
J : Buat masa ini saya lebih pentingkan keluarga terlebih dahulu. Nak luangkan lebih masa bersama anak-anak daripada bidang nyanyian.
S : Dengar khabar sudah menceburi bidang perniagaan. Perniagaan apa yang sedang diusahakan ketika ini ?
J : Memang benar tetapi masih diperingkat kecil-kecilan. Saya sedang mengusahakan perniagaan biskut yang terdiri daripada biskut berbagai rasa dan variasi.
S : Apa nama perniagaan dan bagaimana ia dilakukan untuk mendapat pelanggan ?
J : 'Dapur Pelamin Anganku' nama perniagaan saya dan ia lebih menjurus kepada strategi online melalui Facebook dan sebagainya. Saya juga melakukan khidmat penghantaran terus ke rumah serta ada yang mengambil sendiri ke rumah.
S : Bagaimana pula sambutan masyarakat ?
J : Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan dan tidak menang tangan buat masa ini. Walaupun begitu, saya sentiasa memnuhi permintaan pelanggan dengan menyediakan stok yang mencukupi. Kepada sesiapa yang ingin mendapat produk biskut saya, boleh hubungi terus nombor telefon saya 016-8996005.
S : Apa harapan Azie pada masa hadapan ?
J : Saya mempunyai impian untuk mengembangkan lagi perniagaan ini dan berharap ia akan tercapai suatu hari nanti. Walaupun pada masa ini masih pada tahap kecil-kecilan, pada masa akan datang ia akan terus maju berkembang.
S : Sebagai artis yang lama yang mempunyai banyak pengalaman, apa nasihat Azie untuk artis muda pada masa kini ?
J : Saya sudah melalui berbagai asam garam dalam bidang hiburan dan telah tujuh hingga lapan tahun berada di Kuala Lumpur. Nasihat saya kepada artis muda atau yang baru hendak mencebur bidang nyanyian terutama artis muda Sarawak, teruskan usaha anda. Jika sudah terkenal, jangan lupa diri dan sombong. Jangan lupa kepada orang lama yang telah berjuang dalam industri hiburan tanahair.
S : Sempena Hari Wanita Sedunia pada hari ini, sedikit ucapan untuk para wanita yang ada diluar sana ?
J : Sesungguhnya diri kita amat istimewa kerana setiap kita mempunyai kelebihan yang tersendiri. Justeru hargailah diri kita sepenuhnya. In Sha Allah kebahagiaan akan menjadi milik kita. Selamat menyambut Hari Wanita Se-Dunia dimana jua wanita berada.
S : Terima kasih atas kerjasama Azie. Semoga Azie terus berjaya dalam bidang yang diceburi.
J : Aaminn. Sama-sama kita berusaha melangkah ke hadapan. In Sha Allah
Begitulah temubual bersama Azie yang begitu mesra dan petah memberi pandangan yang bernas untuk dijadikan inspirasi buat artis dan wanita yang mahu berjaya.-Sarawakiana
Azie - 'Dapur Pelamin Anganku' #HariWanitaSedunia
Reviewed by Unknown
on
August 25, 2016
Rating:
No comments: