NEW YORK: Calon presiden Demokrat, Hillary Clinton, mendahului 8 mata berbanding pencabarnya daripada parti Republikan, Donald Trump, menjelang pilihan raya presiden AS 2016.
Tinjauan Reuters/Ipsos, bermula 28 Julai hingga 1 Ogos menunjukkan bekas Setiausaha Negara AS itu meraih 43 peratus sokongan berbanding hanya 35 peratus sokongan untuk Trump.
Dalam tinjauan sama, minggu lalu adalah kali pertama ahli perniagaan New York itu mendahului sejak awal Mei dengan kelebihan dua peratus berbanding Clinton, iaitu 39 berbanding 37 mata.
Tinjauan baharu itu dibuat ketika calon presiden Republikan itu menyatakan keraguannya terhadap kesahihan tinjauan undian awam sambil menyifatkannya sebagai palsu.
"Saya melihat beberapa tinjauan yang bagus satu daripadanya adalah dari Los Angeles Times di mana saya mendahului dengan empat atau lima mata.
"Saya juga ada melihat satu tinjauan di CNN di mana kami ketinggalan dan bagi saya ada sesuatu yang tidak kena dan palsu dengan undian ini," kata Trump pada perhimpunan di Ashburn, Virginia.
Jutawan hartanah itu juga semakin ragu dengan kesahihan keputusan pilihan raya pada November depan .
"Saya rasa akan ada penipuan dalam pilihan raya ini. Saya perlu bersikap jujur," kata Trump. - Agensi

Clinton Atasi Trump Dengan 8 Mata
Reviewed by Unknown
on
August 03, 2016
Rating:
No comments: