Seo Services

Donna Mandi Buat Kali Pertama Dalam Masa 30 Tahun


Seorang wanita akhirnya mandi buat kali pertama dalam masa 30 tahun selepas berjaya mengatasi ketakutannya terhadap air hanya dalam masa sejam menerusi teknik terapi minda.

Donna McMahon, 35, yang berasal dari Liverpool, tidak pernah mandi sejak berusia lima tahun akibat trauma susulan tragedi menakutkan ketika bercuti.

Ketika itu dia ditolak oleh seorang budak ke dalam air menyebabkannya panik dan menyangka akan lemas. Mujurlah bapanya berjaya menyelamatkan Donna.

Sejak itu Donna mengelak daripada berkunjung ke kolam renang atau pantai.

Selepas 30 tahun, dia berjaya mengawal ketakutannya dengan bantuan Robert Hisee. Mereka bertemu empat bulan lalu dan selepas sejam pertemuan itu, perasaan fobia terhadap air terus hilang.

“Saya menghabiskan masa sejam untuk membersihkan rambut.Saya juga tidak boleh menjirus rambut maka saya terpaksa membasuhnya dengan menggunakan sedikit air.

“Hidup saya kini lebih bererti dan saya sering berkunjung ke kolam renang tanpa masalah lagi,’’ katanya.

Donna berkata dia amat berterima kasih kepada Robert kerana berjaya menghilangkan trauma terbabit dan menjalani kehidupan seperti biasa termasuk membawa anak-anaknya ke kolam renang.-mynewshub

Donna Mandi Buat Kali Pertama Dalam Masa 30 Tahun Donna Mandi Buat Kali Pertama Dalam Masa 30 Tahun Reviewed by Unknown on August 03, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.