Seo Services

Isteri Teruskan Legasi Mee Kolok Mohammad Lim


Mempunyai citarasa tersendiri, gerai Mee Kolok yang terkenal di bandaraya Kuching milik Allahyarham Mohammad Lim Abdullah sentiasa menjadi tarikan orang ramai.

Bagaikan satu legasi nama Mohammad Lim memang cukup terkenal bagi penggemar Mee Kolok di sekitar Kuching.

Kini setelah beroperasi selama 18 tahun, legasi beliau di teruskan isterinya Fauziah 44, setelah pemergian Allahyarham tiga bulan lepas.

Allahyarham meninggalkan dua orang anak lelaki yang kini berusia 17 tahun dan 11 tahun.

Bagi Fauziah atau dikenali sebagai Kak Yen, ketiadaan suaminya tidak menghalang beliau untuk meneruskan perniagaan tersebut.

“Meskipun berniaga sendiri dengan bantuan anak sulung, gerai kami masih mendapat sambutan seperti sediakala,” ujarnya.

Beliau juga bercadang untuk mencari pembantu bagi membantunya di gerai selepas ini.

Menurut Kak Yen ketika di temubual Sarawakiana, gerai Mee Kolok Mohammad Lim akan di buka semula pada 6 Ogos ini setelah dua bulan tidak beroperasi.

“Kami mula beroperasi sabtu ini setelah pemilik premis tempat berniaga bertukar milik, “ katanya.

Sarawakiana dimaklumkan tumpuan pelanggan ialah "Mee Kolok Mushroom", dengan rasa yang luar biasa, menjadikan gerai tersebut sering mendapat kunjungan daripada pelbagai lapisan masyarakat. - Sarawakiana






Isteri Teruskan Legasi Mee Kolok Mohammad Lim Isteri Teruskan Legasi Mee Kolok Mohammad Lim Reviewed by uMieySurianie on August 02, 2016 Rating: 5

7 comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.